A
Abang angkat – Lelaki yang dianggap
seperti abang sendiri.
Abu Dajal – Orang yang suka mengganggu
orang lain .
Abu Jahal – Orang yang jahat.
Ada Angin – Seseorang yang tidak boleh
diduga sikapnya. Ada kalanya baik dan ada kalanya marah.
Ada bakat -mempunyai kebolehan.
Ada Buah – Mempunyai sebab atau tujuan
tertentu.
Ada Hati – Mempunyai keinginan
Ada Jalan - Mempunyai Cara
Ada Perangai – Ada tingkah laku yang
kurang baik.
Ada Riak – Ada tanda-tanda akan jadi
sesuatu.
Ada Sengat atau ada Taring – Mempunyai pengaruh atau ada
kuasa
Adu Domba – Suka melaga-lagakan orang
lain supaya berpecah belah.
Adu Kening – Diperhendapkan atau
diketemukan.
Air Bujang – Hidangan minuman sahaja
tanpa kuih
Air Emas – Sesuatu yang diingati
selama-lamanya
Air mati -Air kosong yang sudah
dimasak
Air Muka- Wajah atau nama baik
Ajak-ajak Ayam – Ajakan yang tidak
bersungguh-sungguh
Akal Kancil – Pandai membuat tipu helah
dan muslihat
Akal Panjang – Seseorang yang berfikiran
tinggi dan mempunyai banyak idea
Akhir Zaman – Hari hampir Kiamat
Alas Perut – Makan hanya sekadar untuk
menahan daripada lapar
Ambil Angin – Bersiar-siar
Ambil Berat – Mengambil Tahu
Anak Emas – Orang yang dikasihi oleh
ibu bapanya atau majikannya.
Anak Gahara – Anak raja daripada
pemaisuri.
B
Bau-bau bacang - Pertalian
keluarga yang jauh.
Beralih akal – Berubah fikiran atau
pendapat.
Beralih angin – Bertukar tempat, ke suatu
tempat untuk berehat.
Bergadai nyawa – Sanggup memberhayakan diri
sendiri demi mencapai sesuatu.
Berhati batu – Bersifat degil, tidak
berasa kasihan .
Berhati waja – Tidak mudah kecewa.
Bermuka dua – Tidak jujur @ belot.
Bertikam lidah – Bertengkar @ berdebat.
Buah Mulut – Perkara yang menjadi
sebut-sebutan.
Bulat Hati – Ikhlas , tetap hati dan
bersungguh-sungguh.
Buruk Siku – Meminta kembali apa-apa
yang telah diberikan.
C
Campur Tangan – Turut serta dalam
urusan orang lain.
Cepat Tangan – Suka mencuri.
D
Dalam Tangan - Pasti perolehi.
Darah daging – Anak kandung.
Daya Fikir – Kekuatan Fikiran.
G
Gaji buta – Gaji yang diterima dengan
tidak bekerja bersungguh-sungguh.
Gila Bahasa – Kurang waras fikirannya.