Wednesday 25 April 2012

SISTEM BAHASA

Kata Majmuk


Kata majmuk = Rangkai kata setara – menunjukkan bentuk yang sama
Contohnya,
‘guru besar’ = kata majmuk
‘ibu bapa’ = rangkai kata setara
Kedua-duanya kelihatan sama dari segi bentuknya namun dari segi proses pembentukannya berbeza.
kata majmuk ‘guru besar’ = terdiri daripada 2 golongan kata iaitu
                                                   ’kata nama’(guru) + ‘kata adjektif’ (besar)
Sedangkan ‘ibu bapa’ = terdiri daripada golongan kata yang sama
                                         ‘kata nama’(ibu) + ‘kata nama’(bapa)
Peringatan:
Kata Majmuk ‘guru besar’ TIDAK BOLEH menerima sisipan ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya.Jika dihubungkan kata majmuk ‘guru besar’ tidak membentuk makna yang jelas kerana ‘guru dan besar’ TIDAK MENUNJUKKAN MAKNA YANG SEMPURNA.
SEBALIKNYA:
Rangkai kata setara BOLEH disisipkan kata hubung ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya dan TIDAK MENGUBAH maknanya, iaitu ‘ibu bapa’ tidak berbeza maksud dengan ‘ibu dan bapa’ ataupun ‘ibu atau bapa’ – masih merujuk perkara yang sama.
Pembentukkan Kata Majmuk
- Merupakan proses mencantumkan ataupun merangkaikan 2 atau lebih kata dasar yang membentuk suatu makna tertentu.Contohnya :kapal terbang , jalan raya , balai polis
Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada 2 perkataan. Contohnya : kerjasama, tandatangan, beritahu, kakitangan, matahari, jawatankuasa, setiausaha.



Simpulan Bahasa


Simpulan Bahasa merupakan ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tersirat.

Apabila sesuatu perkataan di dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi perkataan tersendiri dan hanya membawa makna asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan lain, maka maknayan akan berubah daripada makna perkataan asalnya tadi.

A
Abang angkat – Lelaki yang dianggap seperti abang sendiri. 
Abu Dajal – Orang yang suka mengganggu orang lain .
Abu Jahal – Orang yang jahat.
Ada Angin – Seseorang yang tidak boleh diduga sikapnya. Ada kalanya baik dan ada kalanya marah.
Ada bakat -mempunyai kebolehan.
Ada Buah – Mempunyai sebab atau tujuan tertentu.
Ada Hati – Mempunyai keinginan
Ada Jalan -  Mempunyai Cara
Ada Perangai – Ada tingkah laku yang kurang baik.
Ada Riak – Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu.
Ada Sengat atau ada Taring – Mempunyai pengaruh atau ada kuasa
Adu Domba – Suka melaga-lagakan orang lain supaya berpecah belah.
Adu Kening – Diperhendapkan atau diketemukan.
Air Bujang – Hidangan minuman sahaja tanpa kuih
Air Emas – Sesuatu yang diingati selama-lamanya
Air mati -Air kosong yang sudah dimasak
Air Muka- Wajah atau nama baik
Ajak-ajak Ayam – Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh
Akal Kancil – Pandai membuat tipu helah dan muslihat
Akal Panjang – Seseorang yang berfikiran tinggi dan mempunyai banyak idea
Akhir Zaman – Hari hampir Kiamat
Alas Perut – Makan hanya sekadar untuk menahan daripada lapar
Ambil Angin – Bersiar-siar
Ambil Berat – Mengambil Tahu
Anak Emas – Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Anak Gahara – Anak raja daripada pemaisuri.

B
Bau-bau bacang - Pertalian keluarga yang jauh.
Beralih akal – Berubah fikiran atau pendapat.
Beralih angin – Bertukar tempat, ke suatu tempat untuk berehat.
Bergadai nyawa – Sanggup memberhayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu.
Berhati batu – Bersifat degil, tidak berasa kasihan .
Berhati waja – Tidak mudah kecewa.
Bermuka dua – Tidak jujur @ belot.
Bertikam lidah – Bertengkar @ berdebat.
Buah Mulut – Perkara yang menjadi sebut-sebutan.
Bulat Hati – Ikhlas , tetap hati dan bersungguh-sungguh.
Buruk Siku – Meminta kembali apa-apa yang telah diberikan.

C
Campur Tangan – Turut serta dalam urusan orang lain.
Cepat Tangan – Suka mencuri.

D
Dalam Tangan - Pasti perolehi.
Darah daging – Anak kandung.
Daya Fikir – Kekuatan Fikiran.

G
Gaji buta – Gaji yang diterima dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh.
Gila Bahasa – Kurang waras fikirannya.







No comments:

Post a Comment