BAHAGIAN
A (i) MERINGKAS KARANGAN
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]
Perkara penting dalam meringkaskan karangan.
1. Kenal pasti kehendak dan tugasan soalan.
2. Tulis ringkasan berdasarkan urutan isi penting
yang dikenal pasti dalam petikan.
3. Sebaik-baiknya SATU isi dalam SATU ayat.
4. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak
mengubah maksud asal petikan.
5. Gunakan penanda wacana yang sesuai. (selain itu,
seterusnya)
6. Jangan bagi isi berdasarkan pendapat sendiri.
7. Jawab dalam satu perenggan sahaja.
8. Kira jumlah perkataan. (Jangan MELEBIHI 80
perkataan)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis
sebuah ringkasan tentang sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat
tempat dalam kalangan pengguna. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Panduan mencari isi …..
1. Baca secara luncuran dan “scan’ isi marker / pensil.
2. Guna teknik subjek dan predikat.
Sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna
(subjek) + …………………………………………………………(isi – predikat)
3. Cari perkataan yang sinonim…….. sebab : kerana, punca, faktor, alasan dll.
4. Biasanya isi dalam ayat pertama setiap perenggan, selepas penanda wacana, sebelum
contoh / statistik atau selepasnya, pada ayat terakhir atau di mana-mana teks.
Abaikan huraian, contoh, statistik. (isi sahaja)
CONTOH PETIKAN
Pendapat bahawa perubatan moden merupakan penawar
terbaik untuk setiap jenis penyakit adalah tidak tepat. Hal ini terbukti
apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80 peratus
penduduk dunia bergantung pada perubatan tradisional. Kerana miskin, mereka
tdak berupaya untuk membeli makanan, apatah lagi bagi mendapatkan rawatan
moden.(1)
Belakangan ini, minat masyarakat dunia terhadap
perubatan tradisional berasaskan herba semakin bertambah (2) malah herba
dianggap sebagai pelengkap kepada perubatan moden.(3) Para penyelidik mengakui
bahawa kesedaran tentang kesan sampingan ubat-ubatan moden semakin
meningkat.(4) Rakyat di negara kita pula semakin banyak yang mengidap penyakit
kronik seperti barah dan AIDS sedangkan perubatan moden masih gagal menemukan
penawarnya.(5) Keadaan seperti ini, ditambah dengan kos perubatan yang semakin
tinggi(6) menyebabkan pesakit beralih kepada perubatan tradisional berasaskan
herba. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba ini sewajarnya dikomersialkan dan
dijual pada harga yang rendah supaya mampu dibeli oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan perubatan
moden kerana bukan semua penyakit boleh dicegah atau disembuhkan melalui
perubatan tradisional. Perubatan tradisional hanyalah untuk mengisi kekosongan
yang ada dalam perubatan moden. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba dalam
perubatan tradisional ini perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains
dan teknologi di kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia pula, perubatan
tradisional berasaskan herba diamalkan sejak zaman-berzaman(7) seperti dalam
rawatan resdung, rawatan kecantikan dan rawatan selepas bersalin.
Satu fakta yang jelas ialah bukan semua ubat moden
yang diambil oleh pesakit akan masuk ke dalam sistem tubuh.(8) Oleh sebab itu,
walaupun dua orang pesakit menghidapi penyakit yang sama, ubat yang serupa
tidak akan memberikan kesan yang sama kepada mereka. Selain itu, ubat-ubatan
moden hanya merawat penyakit itu sahaja, sedangkan ubat-ubatan tradisional
mampu mengesan dan merawat punca penyakit tersebut.(9) Keadaan ini menyebabkan
pesakit yang mengambil ubat-ubatan moden perlu bergantung pada ubat-ubatan
tersebut sehingga akhir usia. [PMR 2007]
Contoh jawapan:
Antara sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan
pengguna ialah kemiskinan dan tidak berupaya untuk membeli makanan apatah lagi
bagi mendapatkan rawatan moden. Sebab lain ialah minat masyarakat kepada
perubatan tradisional semakin bertambah dan dianggap pelengkap kepada perubatan
moden. Selain itu, sebabnya perubatan moden masih gagal menemukan penawar bagi
penyakit kronik dan kosnya pula semakin tinggi. Seterusnya, perubatan moden
diamalkan sejak zaman-berzaman. Tambahan pula, ubat-ubatan tradisional mampu
mengesan dan merawat punca penyakit tersebut. (74 patah perkataan)
BAHAGIAN A (ii) PEMAHAMAN
[Masa yang dicadangkan : 10 minit]
[10 markah]
[10 markah]
1. Perkara penting dalam pemahaman.
Memerhatikan huruf condong
maksud perkataan / rangkai kata.
Sebagai petikan sebahagian daripada soalan pemahaman dan KBKK.
Memerhatikan huruf condong
maksud perkataan / rangkai kata.
Sebagai petikan sebahagian daripada soalan pemahaman dan KBKK.
2. Menjawab dengan ayat yang lengkap.
Sebaik-baiknya SATU isi dalam SATU ayat.
3. Gunakan sebahagian soalan sebagai jawapan.
4. Ambil kira peruntukan markah. Soalan pemahaman
teks jika isi mudah dan banyak (1m), jika isi sikit dan sukar (2m). Manakala
soalan KBKK yang memerlukan isi dan sedikit huraian (2m). Bergantung kepada
skema !!!
5. Gunakan penanda wacana yang sesuai. (selain itu,
seterusnya)
Contoh :
Contoh :
1. Berikan maksud rangkai kata mengisi
kekosongan.[2 markah]
Maksud rangkai kata mengisi kekosongan ialah
memenuhi keperluan.
(sila uji jawapan anda dalam teks bagi melihat kesesuaian penggunaan dalam konteks)
(sila uji jawapan anda dalam teks bagi melihat kesesuaian penggunaan dalam konteks)
2. Apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan
perubatan tradisional?
[4 markah]
[4 markah]
Yang (Usaha) perlu dilakukan untuk memajukan
perubatan tradisional ialah perubatan tradisional perlu dikaji dan dibangunkan
dengan keupayaan sains dan teknologi supaya lebih berkesan. Selain itu, kajian
bioteklogi mengenai ubat-ubatan tradisional ini perlu giat dijalankan dan
ubat-ubatan berasakan herba wajar dikomersialkan serta dijual dengan harga yang
rendah. (soalan pemahaman teks ; isi terdapat dalam teks)
3. Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai
rakyat negara kita menghidap penyakit kronik? [4 markah]
Pada pendapat saya, semakin ramai rakyat negara
kita menghidap penyakit kronik kerana faktor pemakanan yang banyak mengandungi
bahan pengawet dan bahan kimia. Selain itu, amalan riadah kurang diamalkan oleh
rakyat di negara ini sibuk bekerja. Seterusnya, amalan gaya hidup yang tidak
sihat seperti pengambilan arak dan penagihan dadah turut menjadi punca. (soalan
KBKK ; jawapan di luar teks / tiada dalam teks)
No comments:
Post a Comment